Friday, January 21, 2011

cerita seorang GADIS :D

Untuk Renungan Bersama.....

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.  Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama"

Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia"

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYAALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..... ......SEBARKANLAH.......

WASSALAM!!!. .......

Thursday, January 20, 2011

for MUSLIMAH onlyy :P

perbaikilah apee yg KURANG dlm diri okeyy! :))

sukasuki :D hiburan sajee

MAT PUNK 
Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman
 bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak
 muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...
 Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara
 rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di
 sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama
 menatap si punk tersebut... Merasa terganggu dengan tatapan
 orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh,
 pakcik.. kenapa tenung saya macam tu...? apakah dulu waktu
 muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"
 Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab..
 "Tentu saja Pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..dan
 ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakak tua. jadi
 sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah
 anakku."

indahnya memberi SALAM (^_^)

Ilmu utk dikongsi bersama :
Pagi semlm dengar radio ikim (106.2 fm utk johor jee..) , ustaz Zawawi citer tentang
sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallah
hi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim
salam assalamualaikum pada Anis ye" contoh lerr..
Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun
sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

Subject: "Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan
"A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan
Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan
perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah
kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud
'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.